Omiey Cimil

Omiey Cimil
Friendship Will Never end

Wednesday 24 April 2013


..........LANGKAWI ISLAND IN MEMORY.......

Cerita kami bermula dengan kerinduan untuk bercuti..plan punyer plan..
Langkawi jadi pilihan..sonok betol berkampung at langkawi ngan kawan-kawan ni...
kul 3.00 pagi gerak dari Selangor....
mau ke jeti kuala kuah katanye......
dah sampai sane..beli tiket feri...naik feri ke Pulau langkawi laaa...
ni haaa..sampai sana m.ndak A.k.A hajar adnan pulak x bape chat..
tiba-tiba mcm x best la...sebab kawan kami x chat..mcm ne nk berjalan..
dah sampai chalet plak kami pon bersiap utk cari mkanan..
kami keuar berlima jeaaaaa..tinggal m.ndak dlm bilik sbab dia x chat...
beli makanan dulu...

dah settle sume...ni la hasil  nye......


...... Island Hopingg.....



..On way To Dataran Helang..


melepak di  Lagenda Makam Mahsuri..


Click Clack Away

  
WE AT DATARAN HELANG




......BUBYEE LANGKAWI.....
WE WILL MISS YOU


...aSmA,,HajaR,,FarAh Aini,,AnNa,,Nomie,, & NadRaH..
Together we Climb With Happiness
juLy 2012

Saturday 1 September 2012

cita citut





Ini lah yang dinama kan jodoh..kadang2 kita lari sejauh mungkin untuk mencari kebahagian..
ternyata kebahagian itu bukan milik kita..mencari mereka nun dekat di hati untuk mengisi ruang kosong dalam kehidupan,,tapi hakikat nya dia bukan yang di depan mata..
tersirat kisah suka dan duka dalam kehidupan, tercetus pelbagai kontroversi....menyebabkan kita lupa erti kehidupan yang sebenar..itu lah rahsia Kerajaan ALAM yang sentiasa melihat kesetiaan Hamba nya untuk meminta dan berdoa tanpa sedikit pon rasa lelah dan bosan..menanti dengan kesabaran ternyata ia amat memenatkan,,tapi apa kan daya,usaha itu adalah tangga untuk mencapai kejayaan..
kadang kala ia meruapakan satu titik permulaan,,tapi sekarang ia merupakan anugerah ciptaan tuhan..
Tiba-tiba sesaat jiwa ini kosong tanpa di duga diisi dengan kebahagian yang tidak pernah terlintas untuk mendapat kannya...oowh tidak,,rupa-rupa hujan tidak sampai ke petang kerna terdapat pelangi yang indah di waktu pagi,,,itulah anugerah yang kita cari,,,tanpa memberikan sedikit pon kecelaaan di dalam diri,, sehingga di akhiri titik embun pagi,,yang menarik tangan ini kedalam kehidupan yang penuh dengan emosi..  kepahitan aku lalui merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan didalam hidup ku,,dan menjadi memori terindah,sememang nya asam garam kehidupan merupakan permulaan kisah yang panjang...
ooowh penat nya becerita,,mengantuk plak..let me sleep first...if keizinan ada akan ku teruskan kisah ini,,sehingga nafas terakhir.... 





Saturday 22 October 2011

...BiL@ PereMpuan NanGis,, Ape PerasaaN AndA WahaI LelaKi...

BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...







.....CinTa Itu Kadang-kAdang Menjadi Air MAta....

Saturday 1 October 2011

Doa Dalam Harapan....................................

...Andai Itu takdir nya....
Hari ni rasa hati sangat sunyi,,
aaahh menaip kat blog jadi minah gosip pon pe salah nya...tapi nak cakap gosip tu tak de la sangat...
Aku memohon satu perkataan iaitu doa dalam harapan,,sekiranya kelahiran kau adalah untuk ku..
aku memohon sehingga Hujung Nyawa,,bia la cinta yang hadir dalam hidup mu,,,bukan harapan dari ku..
tetapi adalah harapan dari doa...
masih terasa kehidupan aku yang kekosongan sempit de belai perasaan...
andai suatu masa aku lupa meluah kan kata-kata,,
maafkanlah aku....
kerana itu takdir nya daripada Nya...dengan secebis doa sudah cukup untuk hati ku tenang..
kadang-kadang kita x tahu tentang kehadiran sesuatu yang baru boleh melupakan yang lama..
tapi kita perlu kenang kan sesuatu yang lama untuk kehidupan yang baru...
supaya lebih selesa dan SEMPURNA......................

Monday 19 September 2011

kisah kAKTUS MENJADI BUNGA YANG CANTIK...DAN ULAT MENJADI RAMA2


KISAH RAMA-RAMA DAN BUNGA
Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar di berikan bunga dan rama-rama….
Namun Allah berikannya kaktus dan ulat …….
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian Nya berbeza daripada permintaan nya
Kemudian dia berfikir, Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk di uruskan.
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama di lupakan
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri  itu tumbuh pula bunga yang cantik
Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul,
Cara Allah sentiasanya cara yang terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah,
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di pinta pada masa yang sesuai.
Apa yang anda pinta tidak semestinya yang diperlukan
Allah tidak gagal memenuhi permintaan,teruskan berdoa tanpa ragudan mengeluh
Duri Hari Ini
Adalah Bunga Hari Esok
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada Nya
Semoga Allah merahmati anda…

Wednesday 29 June 2011

...When I'm Bored>.......

..dah lama x layan blog..malam nie ada kesempatan masa cikit ley lah  cerita-cerita kisah yg agak memenatkan untuk jun 2010...pelik tol dengan manusia sekarang..perasaan PHD(Hasad Dengki)yang terlalu bermaharajalela yg mnyebabkn timbul msalah-masalah yg x ptot....kenapa kadangkadang perlu ada perasaan cemburu sekirnya org tu lebih dari kita,,,,x perlu la,,sekiranya orang tu lebih,jus bagi sokongan insyaALLAH kehidupan kita akan sentiasa di permudahan...x minta pin difahami,,,tapi kalau buleh yang pompaun ke lelaki ke,,,jgn terlalu cepat EMOSIONAL dalam sesbuah pertalian atau perckapan..bowink...Kadang2 kite perlukan nasihat,,x payah nak cemburu-cemburu sesama sdri..anggap je kehidupan kita ni satu suratan ILLAHI yang bagi kita merasai nikmat hidup di dunia yang FANA ni...




kehidupan yang sentiasa dalam masalah dan dilema..aku seorang wanita yang Hina disisi nya,,,,dan sebagai seorang hamba,,cuba lah perbaiki kehidupan kita,,,takot2 x sempat...humm....begini la cara nya untuk kita mencuba sesuatu yg bar tanpa menyusahkan orang lain..kadang2 kita perlu berdikari untuk menuju kehidupan kita yang akan datang....mungkin belum bersedia,,tapi kita mmg patot bersedia....


Ingat Lah MAHA PENCIPTA selagi MASIH ADA MASA..HAri INI,,ESOK dan SELAMANYA Kita Tetap Milik nya..setinggi mana ego  manusia x kan dapat menongkat langit walaupon sesaat...



Cintai LAh MEREKA YANG mencintai kita...kerana disitu lah kebahagian yang akan selalu ada...




Wanita Yang perlukan bimbingan seorang lelaki..dan Seorang LELAKI yang memerlukan wanita dan juga memeberikan kehidupan yang baik dan supaya dirahmati,,tiada ape yang jujur selain dari ikatan hati yang datang dari NURANI yang suci.....


Friday 3 June 2011

....SenanG TApi SUsah...

susah dan Senang??mesti semua org nak yg senang je...tu la manusia yang x taw ape erti usaha,,, duk sangkut bawah ketiak Parents je..manja biar la berpada-pada...lagi pon kite kan nanti akan bawa haluan sdiri,,, penat lelah kita selama nie??takot jadi kosong je...sebab semua mak ayah yg kena settle,,,penat la macam ni...aku mmg la suke kawan,,tapi aku paling x suke orang paksa-paksa...bila dah kes paksa ni aku rimas la....
cettt...tension....nak beli tiket nak tgk LIVERPOOL datang malaysia...x sabar-sabar rasa nya
nak tgk my IDOL...hope my dream become true to  somebody like u....

Ape yg aku duk merepek ni...huhuhu...dah tin tong kepala...mau x nyer coz balik keja,,keja...duit x penah lekat x penah ada...susah betol la mcm ni...kepenatan dalam kecibukan kadang-kadang suke jugak...hehehe
bila dah masuk zaman KERJA ni...baru taw penat lelah mak ayah yg besar kn kita mcm ner...tu la....poning2... dah lama x mengarut at blog ni...citu je kot citer skunk nie....citer yang ntah ape2...kosong...

cuma nak pesan kit la...kalau berkaitan dengan agama ALLAH ni bila kita terbaca kat mana-mana dan kita konfius,.,,,rujuk la KITAB suci kita,,,jgn mudah terpengarauh dan terpedaya,,,,cumA  berhati- hati dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan ALLAH...sebagai Khalifah yg belum tentu sampai tahap menjadi Khalifah yang betol-betol di saran ka,,x salah kita mencari jalan yg betul....IHDINA SIRATHAL MUSTAKIM....Tunjuk kan kami jalan-jalan yang lurus...apa kata kita sama-sama doakan kepada semua rakan-rakan yang seagama dengan kita...supaya Beriman Dengan MAHA PENCIPTA...aduh....