Omiey Cimil

Omiey Cimil
Friendship Will Never end

Monday 19 September 2011

kisah kAKTUS MENJADI BUNGA YANG CANTIK...DAN ULAT MENJADI RAMA2


KISAH RAMA-RAMA DAN BUNGA
Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar di berikan bunga dan rama-rama….
Namun Allah berikannya kaktus dan ulat …….
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian Nya berbeza daripada permintaan nya
Kemudian dia berfikir, Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk di uruskan.
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama di lupakan
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri  itu tumbuh pula bunga yang cantik
Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul,
Cara Allah sentiasanya cara yang terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah
Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah,
Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang di pinta pada masa yang sesuai.
Apa yang anda pinta tidak semestinya yang diperlukan
Allah tidak gagal memenuhi permintaan,teruskan berdoa tanpa ragudan mengeluh
Duri Hari Ini
Adalah Bunga Hari Esok
Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada Nya
Semoga Allah merahmati anda…